“Asyik pergi gym tapi kenapa nampak macam makin berisi je?” – Jika anda seseorang yang sedang berusaha untuk mendapatkan badan berotot yang ideal (lean), tentu anda pernah ditegur dengan ayat seperti di atas oleh ahli keluarga atau rakan-rakan. Teguran ini lazimnya datang daripada orang yang tidak pernah ke gimnasium ataupun daripada golongan yang dangkal terhadap ilmu fisiologi badan. Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal, seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.
Dalam usaha untuk mendapatkan badan yang lean, seseorang itu perlu melalui dua fasa penting dalam latihan mereka iaitu fasa bulking dan cutting. Penting untuk diingati bahawa dalam kedua-dua fasa ini, rejim latihan rintangan (resisitance exercise) seperti mengangkat berat diteruskan seperti biasa atau dengan sedikit perbezaan dalam bilangan ulangan (repitions) dan/atau set. Fasa bulking adalah fasa di mana seseorang itu akan meningkatkan pengambilan kalori harian mereka dalam kadar yang sangat banyak berbanding keperluan harian. Sebagai contoh, untuk seseorang yang sepatutnya hanya mengambil 2,000 Kcal sehari, mereka akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori ini dengan lebihan 500 hingga 1,500 Kcal. Untuk fasa cutting pula, seseorang itu akan mengawal diet mereka dengan cukup ketat. Ini dilakukan dengan mengurangkan jumlah pengambilan kalori harian mereka pada kadar yang sangat rendah, di samping memilih makronutrien yang tertentu. Lazimnya, jumlah kalori yang diambil adalah sekitar 500 hingga 1,500 Kcal lebih rendah berbanding pengambilan kalori harian yang sepatutnya. Mengapa perlunya fasa bulking dan cutting?Asas kepada peningkatan berat badan adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori harian anda melebihi kadar yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya, pengambilan kalori yang lebih rendah berbanding kadar pengambilan harian yang disarankan akan menyebabkan anda mengalami penyusutan berat badan. Mengapa anda perlu melalui kedua-dua fasa ini sebelum boleh memiliki badan yang berotot dan rendah lemak adalah kerana kaitan antara lemak dan otot. Dalam fisiologi badan manusia, anda tidak boleh menambahkan jisim otot yang banyak tanpa menambah sedikit lemak di sekitar badan. Untuk itu, seseorang yang sedang melakukan bulking akan mempunyai saiz otot yang cukup besar namun mereka juga akan mempunyai jumlah lemak yang tinggi. Di samping itu, definisi otot mereka juga adalah tidak begitu jelas dan otot mereka hanya kelihatan besar secara amnya. Untuk itu, mereka tidak akan mempunyai 6-packs yang jelas di bahagian abdomen mereka.
Selepas berpuas hati dengan saiz otot yang dibina ketika fasa bulking, seseorang itu akan bergerak ke fasa cutting pula untuk mendapatkan badan yang lean. Fasa cutting ini akan menyebabkan penyusutan berat badan yang banyak, di mana majoritinya adalah disebabkan pengurangan peratusan lemak. Namun, dalam fisiologi badan, anda tidak boleh mengurangkan peratusan lemak dengan banyaknya tanpa mengalami sedikit penurunan jisim otot. Pada penghujung fasa ini, seseorang itu akan mempunyai definisi otot yang jelas dan 6-packs mereka akan mula menyerlah. Tuntasnya, usaha dalam mendapatkan badan yang ideal adalah suatu perjalanan yang lama dan penuh kesukaran. Demi mendapatkan badan ideal yang berotot dan rendah lemak, anda terpaksa melalui kedua-dua fasa bulking dan cutting ini dengan jayanya. Jika ada orang menegur anda dengan sapaan yang sama seperti di bahagian pengenalan, anda boleh berikan sahaja mereka pautan kepada artikel ini. Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Sebelum memulai pelaksanaan program bulking, Anda harus memahami cara bulking yang benar terlebih dulu. Biasanya, bulking dikenal sebagai latihan menaikkan berat badan. Namun yang tak banyak diketahui adalah peningkatan berat ini bukan disebabkan oleh lemak, melainkan karena naiknya massa otot. Tujuan akhir dari penerapan cara bulking yang benar bukanlah menambah lemak tubuh, melainkan otot yang memiliki bentuk dan ketahanan yang lebih prima. Karena bulking erat kaitannya dengan peningkatan massa otot, maka ia tak bisa dilakukan sembarangan. Tiap tahapan harus sesuai dengan panduan agar otot mendapatkan stimulasi yang sesuai. Bagi Anda yang baru memulai latihan bulking, berikut adalah cara bulking yang benar.
Itulah bahasan mengenai aturan dan cara bulking yang benar. Program bulking yang efektif selalu diawali dengan pemanasan dan diakhiri dengan pendinginan. Hasil terbaik dari bulking akan terlihat berdasarkan kualitas latihan, bukan hanya kuantitasnya saja. |